Merungkai hubungan rapat langau dengan bakteria patogenik melalui analisis jujukan DNA / Ahmad Azani Othman and Dr. Azwandi Ahmad

Othman, Ahmad Azani and Ahmad, Azwandi (2024) Merungkai hubungan rapat langau dengan bakteria patogenik melalui analisis jujukan DNA / Ahmad Azani Othman and Dr. Azwandi Ahmad. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Langau atau “blowfly” dalam bahasa inggeris sering dikaitkan dengan bahan yang kotor, membusuk atau mereput. Larva iaitu peringkat belum matang langau pula berbentuk seperti ulat dan sering dilihat memakan bangkai dan sisa makanan yang sedang mereput. Langau secara semulajadi telah menyesuaikan diri untuk terus hidup dengan membiak pada tisu mati dan boleh bertahan hidup dalam pelbagai persekitaran seperti najis, sampah sarap atau makanan yang terdedah. Serangga ini sering dikaitkan dengan bakteria disebabkan oleh keterlibatan mereka dengan persekitaran yang kotor dan busuk. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis daripada University of Campinas, Pennsylvania State University di Amerika Syarikat dan Nanyang Technological University di Singapura, kirakira 30% daripada bakteria yang dikesan pada langau boleh menyebabkan penyakit kepada manusia. Antara penyakit bawaan langau yang utama kepada manusia adalah kolera yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae, demam kepialu (tifoid) yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi, wabak ‘bubonic’ yang disebabkan bakteria Yersinia pestis, dan radang usus, yang dikaitkan dengan Helicobacter pylori.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Ahmad Azani
UNSPECIFIED
Ahmad, Azwandi
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Langau, bakteria patogenik, DNA
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90404
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90404.pdf] Text
90404.pdf

Download (1MB)

ID Number

90404

Indexing

Statistic

Statistic details