Kesan kemasinan terhadap pertanian di pesisiran pantai / Jacquenena Robinson Rabu ... [et al.]

Robinson Rabu, Jacquenena and Ridwan, Intan Faizani and Sulaiman, Nur Sharzehan and Mohamad Latif, Nur Fatini and Karim, Kamelia and Mohamed, Muhammad Ihsanuddin and Hashim, Aimie Rifhan and Kamaruddin, Sharir Aizat (2024) Kesan kemasinan terhadap pertanian di pesisiran pantai / Jacquenena Robinson Rabu ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Salah satu kandungan yang terdapat dalam air laut adalah pepejal terlarut (TDS) yang merujuk kepada jumlah pepejal yang larut dalam air seperti garam, mineral dan bahan organik yang lain (Hancock, 2016). Kemasinan, pada dasarnya merujuk kepada kepekatan garam dalam air atau tanah (Brouwer et al., 1985). Garam merupakan penyumbang utama kepada jumlah pepejal terlarut (TDS). Oleh itu, semakin tinggi kepekatan garam, semakin tinggi nilai TDS. Kemasinan, atau kandungan garam yang tinggi dalam tanah atau air, memainkan peranan utama dalam mempengaruhi pertanian di kawasan pesisiran. Untuk memahaminya, bayangkan tanah sebagai tapak penting di mana tumbuhan tumbuh dan berkembang. Apabila tanah tersebut mempunyai terlalu banyak garam, ia seolah-olah menjejaskan resepi tumbuhan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 90377.pdf]
Text
90377.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics