Ekzema: punca dan rawatan / Asmawati @ Fatin Najihah Alias, Siti Nor Hafiza Mohd Yusoff and Rosyaini Afindi Zaman

Alias, Asmawati @ Fatin Najihah and Mohd Yusoff, Siti Nor Hafiza and Zaman, Rosyaini Afindi (2024) Ekzema: punca dan rawatan / Asmawati @ Fatin Najihah Alias, Siti Nor Hafiza Mohd Yusoff and Rosyaini Afindi Zaman. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Ramai yang mungkin pernah mendengar atau mengalami penyakit kulit yang dikenali sebagai ekzema. Sehingga kini, ekzema bukan lagi satu penyakit yang asing dalam komuniti di Malaysia. Ekzema atau dermatitis ialah sejenis penyakit radang kulit yang menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, dan pembengkakan. Ia tergolong dalam penyakit hypersensitivity di mana badan kita sangat sensitif dan akan memberi tindak balas yang drastik apabila terdedah terhadap antigen atau kuman. Ekzema sangat lazim ditemui dalam kalangan kanak-kanak seawall peringkat bayi lagi mahupun dalam kalangan orang dewasa. Penyakit ekzema berkait Faktor genetik boleh menyebabkan kulit mengalami kerosakan, tindak balas sistem keimunan yang berbeza seterusnya, menyebabkan kulit hilang fungsi sebagai pelindung, berlaku alahan (allergy) dan kerengsaan (irritation). Tandatanda ekzema yang dialami berbeza bergantung kepada jenis ekzema. Begitu juga dengan kawasan kulit yang terjejas oleh ekzema juga berbeza bergantung kepada jenis ekzema. Sifat utama penyakit ekzema ianya menyebabkan kulit berasa sangat gatal dan menjadi kemerahan. Terdapat ruam berbiji atau berair yang mungkin dialami pada bahagian muka, kawasan kulit yang berlipat seperti leher, depan siku dan belakang lutut. Bagi pengidap ekzema, kulit mereka juga akan kelihatan sangat kering dan akan mencetus kegatalan. Ekzema boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan jenis, tetapi yang paling umum adalah dermatitis atopik. Perkataan atopik merujuk kepada alergi atau alahan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Asmawati @ Fatin Najihah
UNSPECIFIED
Mohd Yusoff, Siti Nor Hafiza
UNSPECIFIED
Zaman, Rosyaini Afindi
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Ekzema, penyakit, genetik, kulit
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90308
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90308.pdf] Text
90308.pdf

Download (1MB)

ID Number

90308

Indexing

Statistic

Statistic details