Usahawan alumni UiTM Cawangan Negeri Sembilan pencetus semangat perniagaan / Asiah Ali and Raja Mayang Delima Mohd Beta

Ali, Asiah and Mohd Beta, Raja Mayang Delima (2023) Usahawan alumni UiTM Cawangan Negeri Sembilan pencetus semangat perniagaan / Asiah Ali and Raja Mayang Delima Mohd Beta. Planet MASMED. ISSN 2805-5535

Abstract

Muhammad Zahidul Fitri Bin Zamzur menetap di Klang, Selangor merupakan pelajar UiTM Kuala Pilah dalam program Diploma Pengurusan Halal. Perniagaan beliau adalah perniagaan kecil-kecilan pada permulaannya. Apabila menjejakkan kaki ke UiTM Kuala Pilah beliau telahpun memulakan perniagaan. Perniagaan pertamanya di UiTM Kuala Pilah adalah menjual lanyard. Idea menjual lanyard adalah hasil idea sahabatnya di UiTM Kampus Jengka. Penyebab utama beliau menjual lanyard adalah para pelajar akan ditahan dan dedenda oleh polis bantuan. Maka ini merupakan peluang untuknya menawarkan produk lanyard di kampus ini. Tanpa berfikir Panjang, beliau mancari pembekal kemudian membuat tiga rekaan utama dan memulakan tempahan awal kerana kekurangan modal pada ketika itu. Cara pemasarannya, adalah dengan menggunakan platform whatsapp kumpulan komuniti UiTM Kuala Pilah dan mendapat sambutan 150 tempahan (RM15.00/lanyard), dan kos perclanyard hanyalah RM4.00. Selain itu, Muhammad Zahidul Fitri juga menyediakan perkhidmatan membaiki telefon pintar. Jumlah pelanggannya pada ketika itu adalah sekitar 20 orang. Pelbagai jenis aktiviti perniagaan pernah diceburi. Akhirnya, perniagaan beliau yang menjadi pencetus jualan yang tinggi adalah dengan jualan modem di platform tiktok. Beliau memulakan jualan modem pada awal PKP. Ianya apabila para pelajar diminta untuk pulang ke rumah kediaman masingmasing pada PKP pertama di Malaysia. Beliau pula terpaksa menetap di rumah sepupunya di Negeri Sembilan. Peluang perniagaan ini tercetus apabila beliau membeli modem di shoppe. Modem ini menggunakan simkad dan berfungsi untuk mendapatkan wifi dengan hanya menggunakan simkad tanpa. Ini merupakan alternative ketika tiada perkhidmatan fiber di rumah sepupunya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ali, Asiah
UNSPECIFIED
Mohd Beta, Raja Mayang Delima
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Planet MASMED
ISSN: 2805-5535
Keywords: Usahawan, alumni, UiTM, Negeri Sembilan, perniagaan
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90284
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90284.pdf] Text
90284.pdf

Download (2MB)

ID Number

90284

Indexing

Statistic

Statistic details