Majlis penutup program UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) kerjasama antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) / Dr. Nordayana Zulkifli

Zulkifli, Nordayana (2023) Majlis penutup program UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) kerjasama antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) / Dr. Nordayana Zulkifli. Planet MASMED. ISSN 2805-5535

Abstract

Program UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban 2022 telah berjaya mencapai objektif dan matlamat utama penganjurannya. Pelbagai program berkaitan aktiviti pelajar, aktiviti jabatan, program kemasyarakatan, kolaborasi bersama jabatan kerajaan yang berkaitan telah dilakukan sepanjang hampir 3 bulan program ini berlangsung bermula daripada 11 September yang lalu. Bertemakan “Dari Kampus ke Lorong Seni”, UiTM dan MBS telah bekerjasama selama 8 hari aktiviti pada hujung minggu serta melibatkan 14 jabatan dan fakulti yang terdapat di UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Bermula daripada majlis perasmian UiTM & MBS @ CLAS 2022 yang dirasmikan oleh Ybhg Datuk Bandar Seremban pada 11 September 2022, inisiatif jabatan di dalam UiTM bersama kolaborasi pihak Jabatan Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan MBS, telah berjaya menyemarakkan aktiviti pelancongan dan kemasyarakatan di Lorong Seni Seremban dan dalam masa yang sama, semakin mendapat perhatian dan maklumbalas positif daripada masyarakat setempat. Usaha yang jitu dan kerjasama yang diberikan oleh kedua belah pihak, berjaya memeriahkan aktiviti di Lorong Seni Seremban di samping menarik perhatian pelancong untuk mengenali dan melawat mural yang terdapat di Lorong Seni Seremban.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkifli, Nordayana
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Planet MASMED
ISSN: 2805-5535
Keywords: UiTM, MBS, Citra Lorong Seni, Seremban
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90249
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90249.pdf] Text
90249.pdf

Download (2MB)

ID Number

90249

Indexing

Statistic

Statistic details