Model integrasi program ilmu Oh Mudahnya Tajwid (OMT): belajar Tajwid Al-Quran menerusi simbol / Suzana Baharudin, Juliana Hamka Kamaroddin and Profesor Madya Dr Norwati Roslim

Baharudin, Suzana and Hamka Kamaroddin, Juliana and Roslim, Norwati (2023) Model integrasi program ilmu Oh Mudahnya Tajwid (OMT): belajar Tajwid Al-Quran menerusi simbol / Suzana Baharudin, Juliana Hamka Kamaroddin and Profesor Madya Dr Norwati Roslim. Planet MASMED. ISSN 2805-5535
Abstract

Al-Quran merupakan kalam Allah yang merupakan panduan kehidupan para muslimin dan muslimat. Al-Quran perlu dibaca dengan tertib dan tajwid yang betul dan tepat. Hukum mempelajari ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah tetapi mengamalkannya ketika membaca Al-Quran adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang yang ingin membaca Al-Quran seperti di dalam Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-Muzzammil, ayat 4 yang bermaksud, “Dan bacalah akan Al-Quran dengan tartil". Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah, "Sesungguhnya Allah Ta'ala sukakan hamba-Nya yang membaca Al-Quran dengan betul sebagaimana ianya diturunkan". Kedua-dua kenyataan di atas menunjukkan bahawa mempelajari ilmuTajwid adalah dituntut ke atas setiap umat Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 90237.pdf]
Text
90237.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics