Majlis pelancaran program UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) kerjasama antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan / Dr. Nordayana Zulkifli

Zulkifli, Nordayana (2023) Majlis pelancaran program UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) kerjasama antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan / Dr. Nordayana Zulkifli. Planet MASMED. ISSN 2805-5535

Abstract

Lorong Seni Seremban merupakan salah satu inisiatif tarikan pelancong yang diusahakan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi mewujudkan keterujaan kepada pelancong apabila menyusuri lorong serta bangunan- bangunan lama sekitar bandar Seremban. Lukisan mural di Lorong Seni ini berkonsepkan pelbagai genre, grafiti, coret, avant-garde, poster dan lukisan warisan oleh 6 pelukis tempatan. Berkonsepkan 'Returning the Street to The Public' -- Lorong Seni Seremban sepanjang kira-kira 250-meter itu bermula di Jalan Dato Sheikh Ahmad sehingga 'Benteng Walk' dan dihiasi lebih 30 corak lukisan mural menarik dan kreatif. Sejajar dengan usaha memperindahkan dan mempromosikan produk pelancongan terbaru di Negeri Sembilan ini, MBS telah melakukan banyak usaha untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan memberi pendedahan mengenai Lorong Seni kepada pengunjung tempatan dan pelancong luar. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif ini untuk menjalin kerjasama dua hala bersama pihak MBS untuk tujuan promosi dan dalam masa yang sama memberi pendedahan dan impak kepada pelajar dan warga UiTMCNS yang terlibat. Bertemakan “Dari Kampus ke Lorong Seni”, ianya diharapkan dapat membantu UiTMCNS memperkenalkan jabatan yang terlibat dan dalam masa yang sama dapat membantu pihak MBS menyemarakkan aktiviti di Lorong Seni Seremban. Gabungan kerjasama antara dua agensi ini diharapkan mampu membawa impak positif kepada aktiviti masyarakat setempat dan pelancong luar amnya. Perasmian UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) telah dilaksanakan oleh Y.Bhg. Dato' Masri bin Haji Razali (Datuk Bandar Seremban) pada 11 September 2022 (Ahad). Majlis perasmian ini telah melibatkan beberapa jabatan di UiTMCNS seperti Unit kebudayaan UiTMCNS, Akademi Pengajian Bahasa dan tidak ketinggalan daripada Akademi Pembangunan Pks Dan Keusahawanan Malaysia (MASMED).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkifli, Nordayana
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Planet MASMED
ISSN: 2805-5535
Keywords: UiTM, MBS, Citra Lorong Seni Seremban, UiTM, MASMED
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90235
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90235.pdf] Text
90235.pdf

Download (2MB)

ID Number

90235

Indexing

Statistic

Statistic details