Hobi dan minat menjadi inspirasi perniagaan / Dr. Nordayana Zulkifli

Zulkifli, Nordayana (2023) Hobi dan minat menjadi inspirasi perniagaan / Dr. Nordayana Zulkifli. Planet MASMED. ISSN 2805-5535

Abstract

Ramai orang memiliki impian untuk memulakan perniagaan sendiri samada secara kecilakecilan atau dalam skala sederhana besar sebagai permulaan. Namun begitu, terdapat banyak kekangan untuk memulakan perniagaan terutamanya daripada segi modal dan juga ilmu untuk memulakan perniagaan. Selain daripada dua aspek utama ini, individu yang berhasrat untuk memulakan perniagaan juga haruslah minat dan suka denga napa produk yang ingin dijual. Salah satu idea untuk memulakan perniagaan secara kecil kecilan mungkin daripada hobi anda sendiri. Ini kerana, hobi anda akan memupuk minat anda terhadap sesuatu dan anda sendiri akan mempunyai “passion” yang kuat untuk mengemudi perniagaan sendiri kerana itu adalah hobi anda. Sekiranya sebelum ini, wang kita dihabiskan untuk hobi seperti membeli novel, merchandise idol, barangan hiasan, merchandise manga dan anime, komik dan pelbagai lagi hobi yang ada, ianya boleh dikembangkan menjadi perniagaan sekiranya diuruskan dengan baik dan dalam masa yang sama hobi anda dapat dikongsi bersama orang lain yang mempunyai minat yang sama. Pengalaman penulis sendiri, dengan menjadikan hobi sebagai sumber sampingan pendapatan dengan menjual Kembali beberapa barangan yang hot selling dan dalam masa yang sama berkolaborasi bersama peniaga online yang menjual barangan yang sama. Oleh kerana minat yang sama, interaksi antara peniaga walau melibatkan peniaga dari luar negara, ianya menjadi mudah kerana bonding yang kuat dan secara tidak langsung, mampu menambahkan pendapatan dan juga menambahkan koleksi peribadi juga. “Turn your passion into money” adalah istilah paling sesuai dan juga mampu menolak andaian di mana para penghobi dan collector ini hanyalah membazirkan wang semata mata. Penulis juga mempunyai kenalan yang bermula daripada hobi mengumpulkan produk merchandise, sehingga kini telah berjaya mengembangkan perniaagaan mereka dan mampu menjual produk sendiri ke seluruh dunia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkifli, Nordayana
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Planet MASMED
ISSN: 2805-5535
Keywords: Hobi, minat, inspirasi, perniagaan, ilmu
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90231
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90231.pdf] Text
90231.pdf

Download (1MB)

ID Number

90231

Indexing

Statistic

Statistic details