Program laman usahawan di UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) / Dr. Nordayana Zulkifli

Zulkifli, Nordayana (2023) Program laman usahawan di UiTM & MBS @ Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) / Dr. Nordayana Zulkifli. Planet MASMED. ISSN 2805-5535
Abstract

Pihak Akademi Pembangunan PKS Dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah bekerjasama bersama pihak jawatankuasa penganjuran UiTM & MBS @ CLAS 2022 untuk mengelolakan gerai jualan yang melibatkan alumni, pelajar, staf dan penggerai sepanjang program ini dijalankan. Laman usahawan telah dijalankan sebanyak empat kali sepanjang tempoh masa hampir 3 bulan ini dan bertempat di Lorong Seni Seremban. Ini juga adalah percubaan julung kali oleh pihak MASMED dan juga pihak MBS untuk menyemarakkan dan menggalakkan aktiviti keusahawanan di Lorong Seni Seremban ini. Pelbagai hasil jualan dan gerai telah dibuka sepanjang tempoh masa yang ditetapkan seperti gerai gerai projek incubator UiTMCNS iaitu Gerai D LAGO yang menjual ikan laga pelbagai jenis, projek Barber Trailer yang merupakan antara projek perintis Barber secara ‘On the go” serta pelbagai lagi gerai jualan makanan, minuman, produk segera dan lain lain. Ini seterusnya mampu menggalakkan minat dan semangat keusahawanan di kalangan staf, alumni dan pelajar untuk lebih maju menceburi bidang keusahawanan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 90229.pdf]
Text
90229.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics