Program UiTM Alumni Fun Run 2023 Cawangan Negeri Sembilan / Asmahanim Haji Mohamad Yusuf ... [et al.]

Mohamad Yusuf, Asmahanim and Abd Khalid, Nur Hafizah and Zainal Abidin, Nur Amirah Nabihah and Hasan, Fatin Aliyah and Mohd Salim, Mohd Nur Fitri (2023) Program UiTM Alumni Fun Run 2023 Cawangan Negeri Sembilan / Asmahanim Haji Mohamad Yusuf ... [et al.]. Buletin ICAN. ISSN 2811-3802

Abstract

UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan UiTM Alumni Fun Run 2023 buat julung kalinya pada 28 Oktober yang lalu dan dilaksanakan secara serentak di 13 cawangan UiTM seluruh Malaysia bersempena Hari Alumni 2023. UiTM Alumni Fun Run 2023 merupakan inisiatif ‘Alumni Network Center (ANC)’ dari Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) yang bertujuan untuk mengumpulkan alumni UiTM dalam satu aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan di kampus cawangan UiTM terpilih di seluruh Malaysia. Pelancaran program larian dirasmikan di atas talian secara langsung dari UiTM Shah Alam yang disiarkan melalui kaca televisyen. UiTM Alumni Fun Run 2023 Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan di Taman Tasik Seremban dengan kerjasama bersama Majlis Bandaraya Seremban. Aktiviti ini bermula dari pukul 6.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai 204 peserta terdiri daripada alumni, staf, pelajar dan komuniti telah menyertai larian sejauh 3km diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Aminuddin Harunyang turut serta dalam acara larian itu diiringi oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Yang Berbahagia Dato’ Masri Bin Haji Razali dan Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Profesor Dr. Yamin Yasin.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Yusuf, Asmahanim
UNSPECIFIED
Abd Khalid, Nur Hafizah
UNSPECIFIED
Zainal Abidin, Nur Amirah Nabihah
UNSPECIFIED
Hasan, Fatin Aliyah
UNSPECIFIED
Mohd Salim, Mohd Nur Fitri
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Keywords: UiTM, Alumni Fun Run 2023, Negeri Sembilan, ICAN
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90224
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90224.pdf] Text
90224.pdf

Download (1MB)

ID Number

90224

Indexing

Statistic

Statistic details