Kesinambungan kerjasama erat antara UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Hospital Pakar CMH Seremban bagi penganjuran program berasaskan kesihatan / Siti Syaida Sirat, Ahmad Husaini Mohamed and Jamil Mohamed Sapari

Sirat, Siti Syaida and Mohamed, Ahmad Husaini and Mohamed Sapari, Jamil (2023) Kesinambungan kerjasama erat antara UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Hospital Pakar CMH Seremban bagi penganjuran program berasaskan kesihatan / Siti Syaida Sirat, Ahmad Husaini Mohamed and Jamil Mohamed Sapari. Buletin ICAN. ISSN 2811-3802

Abstract

UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dan Hospital Pakar CMH Seremban sekali lagi bekerjasama bagi penganjuran berasaskan kesihatan. Sebelum ini, kedua-dua rakan kerjasama ini telah berjaya melaksanakan program “International Community Service Programme 2023 (ICSP 2023)”. Kini sekali lagi kesinambungan kerjasama diteruskan dengan penganjuran “Pra Pendaftaran Saringan Mammogram & HPV DNA”. Program ini telah berlangsung pada 26 September 2023 bertempat di Ruang Legar PTAR UiTM Kampus Seremban 3. Penganjuran program ini melibatkan Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar dan Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Kuala Pilah dengan kerjasama Hospital Pakar CMH Seremban dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran awal tentang kesihatan kepada warga UiTM dan orang ramai khasnya golongan wanita untuk menjalankan pemeriksaan mammogram dan HPV DNA secara percuma. Pemeriksaan awal mammogram dan Human Papillomavirus HPV DNA kepada golongan wanita adalah penting bagi pencegahan awal kanser payudara dan serviks yang menjadi musuh utama golongan wanita. Melalui program ini, maklumat dan kesedaran awal berkaitan kanser payudara dan serviks dapat disalurkan kepada golongan wanita. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah saringan ujian tekanan (stress) dan konsultansi pengurusan stress. Para pelajar dan staf UiTMCNS turut mengambil peluang dalam melakukan saringan ujian tekanan ini dan mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan stress. Program juga diserikan dengan aktiviti putaran roda bertuah yang disediakan oleh pihak CMH. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini adalah amat memberi faedah kepada seluruh warga UiTMCNS dan masyarakat setempat. UiTMCNS dan CMH menyediakan platform kepada masyarakat setempat untuk datang mendapatkan maklumat kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan ianya adalah seiring dengan aspirasi UiTM untuk membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sirat, Siti Syaida
UNSPECIFIED
Mohamed, Ahmad Husaini
UNSPECIFIED
Mohamed Sapari, Jamil
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Keywords: UiTM, Negeri Sembilan, Hospital Pakar CMH Seremban, kesihatan
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90190
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90190.pdf] Text
90190.pdf

Download (594kB)

ID Number

90190

Indexing

Statistic

Statistic details