Pertandingan pembangunan produk makanan: merentas sains dan teknologi / Naemaa Mohamad, Ts. Nadya Hajar and Ts. Dr. Eddie Tan Ti Tjih

Mohamad, Naemaa and Hajar, Nadya and Tan, Eddie Ti Tjih (2023) Pertandingan pembangunan produk makanan: merentas sains dan teknologi / Naemaa Mohamad, Ts. Nadya Hajar and Ts. Dr. Eddie Tan Ti Tjih. Other. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Pada 14 Jun 2023 yang lalu, satu pertandingan Pembangunan Produk Makanan telah diadakan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Pertandingan yang diadakan pada setiap tahun ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Teknologi Makanan, Pusat Pengajian Teknologi Industri untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar mengenai inovasi dalam bidang sains dan teknologi makanan sebelum mereka mula menjalani latihan industri pada semester seterusnya. Inisiatif ini turut membuka pintu kerjasama antara warga kampus dengan universiti dan institusi luar. Selain itu, program ini juga telah menyediakan platform untukbertukar pandangan dan menghimpun ideaidea inovatif dalam sektor makanan. Seramai 113 orang pelajar semester 4, Program Diploma Teknologi Makanan serta 20 orang staf yang terdiri daripada pensyarah teknologi makanan, staf makmal dan 20 orang AJK Food Technology Society (FTS) telah ditugaskan untuk memastikan kelancaran pertandingan kali ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 90106.pdf]
Text
90106.pdf
Download (711kB)
Indexing & Metrics