Konsisten jika mahu berjaya / Nuruul Hidayah Mansor

Mansor, Nuruul Hidayah (2023) Konsisten jika mahu berjaya / Nuruul Hidayah Mansor. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Anak kelahiran Selangor, Muhammad Zahidul Fitri Bin Zamzuri (23) diharap dapat menjadi suntikan inspirasi kepada mahasiswa program di UiTM Cawangan Negeri Sembilan khususnya apabila telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Usahawan Siswa UiTM 2021 dalam Anugerah Apresiasi Rektor tahun 2021 dan tersenarai di antara 10 teratas (top 10) dalam Program Usahawan Mahasiswa anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PUMPKNS tahun 2022 selain pencapaian menerusi penerimaan Anugerah Halo Telco - Top 100 Dealer Most Sim Register (2021) dan Pengiktirafan Pencapaian Cemerlang tahun 2022. Beliau merupakan graduan lepasan Diploma Pengurusan Halal (2019-2021), UiTM Negeri Sembilan telah meminati dunia perniagaan semenjak dibangku sekolah. Perniagaan kecilkecilan yang dijalankan semasa membesar di asrama sekolah menjadi batu loncatan kepada beliau dalam merealisasikan minatnya menjadi usahawan. Dorongan daripada rakan-rakan dan saudara terdekat yang turut berniaga telah banyak membantu anak muda ini untuk terus kekal berusaha menembusi alam perniagaan yang sebenar. Menurut Zahidul Fitri,beliau telah mencuba pelbagai jenis perniagaan kerana beliau suka mencuba perkara baru disamping dapat menaikkan nilai dirinya untuk lebih mahir serta dikenali dalam arena perniagaan. Perubahan amalan perniagaan secara atas talian yang perlu diterima dan digunakan oleh semua masyarakat akibat covid 19 telah membuka laluan mudah kepada beliau untuk terus memperkenalkan diri beliau dalam dunia perniagaan tempatan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mansor, Nuruul Hidayah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Keywords: Konsisten, COVID 19, UiTM, Negeri Sembilan
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90103
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90103.pdf] Text
90103.pdf

Download (303kB)

ID Number

90103

Indexing

Statistic

Statistic details