Skuter lama abah / Nuruul Hidayah Mansor and Muhammad Amin Farit

Mansor, Nuruul Hidayah and Farit, Muhammad Amin (2023) Skuter lama abah / Nuruul Hidayah Mansor and Muhammad Amin Farit. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan Negara telah memberi kesan kepada perniagaan keluarga yang beroperasi di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur apabila diarah untuk tutup serta-merta dan tidak dapat beroperasi sepenuhnya ketika negara dilanda wabak COVID-19. Penutupan tersebut memberi impak yang besar kepada seluruh ahli keluarga kerana hilangnya punca pendapatan utama keluarga. Rasa sebak di hati dan kebimbangan melihat keluarga terpaksa mengeluarkan wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai jalan untuk bertahan hidup telah mendorong Muhammad Amin Farit (23 tahun) untuk membantu dan meneruskan legasi perniagaan keluarga. Bercerita mengenai pengalaman awal berkecimpung dalam dunia perniagaan, bantua dan dorongan rakan kelas di universiti mengajar cara memasarkan barangan dalam platform youtube dan menjual di Shopee menjadi pengalaman pertama kepada beliau untuk terus mengembangkan lagi platform jualan yang lain. Pemasaran perniagaan secara atas talian telah membantu memulihkan perniagaan keluarga beliau yang dulunya hanya bertumpukan kepada jualan di premis bangunan kedai, tetapi sekarang sudah menembusi pasaran atas talian melalui kebanyakan platform seperti Facebook, Shopee, Telegram, Tiktok dan Instagram. Menyedari kepentingan mendalami ilmu perniagaan yang sebenar, beliau mula mengambil langkah untuk terus belajar ilmu perniagaan dengan mengikuti kelas, seminar atau bengkel percuma yang banyak disediakan seperti Hasbul Brother, Najib Assadok dan Funnel Evo selain sentiasa ringan mulut untuk bertanya kepada individu berpengalaman di tempat kerja.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mansor, Nuruul Hidayah
UNSPECIFIED
Farit, Muhammad Amin
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Keywords: Skuter, Perintah Kawalan Pergerakan, COVID-19
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90074
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90074.pdf] Text
90074.pdf

Download (364kB)

ID Number

90074

Indexing

Statistic

Statistic details