VES sebagai pemerhati di pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada 12 Ogos 2023 / Shahidah Abdul Razak

Abdul Razak, Shahidah (2023) VES sebagai pemerhati di pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada 12 Ogos 2023 / Shahidah Abdul Razak. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Voting Education Society (VES) sekali lagi telah menempa nama sebagai wakil kepada generasi muda dalam usaha untuk memupuk minat orang ramai serta untuk meraikan sistem ' demokrasi di negara ini. Dalam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada 12 Ogos 2023 di mana sebanyak lima orang ahli daripada VES telah dilantik sebagai pemerhati pilihan raya dan seorang ahli sebagai kerani di tempat pengundian di kawasan DUN N23 Mambau. Kini VES tidak lagi hanya berperanan sebagai sebuah kelab pelajar semata-mata tetapi peranannya telah melangkaui di mana ia berfungsi sebagai paltform utama bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai pentingnya proses mengundi itu di samping dapat melihat secara langsung manifestasi proses demokrasi dan politik itu. Ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan khususnya di dalam disiplin seperti sains politik yang menuntut agar orang ramai lebih cakna dan celik ' dengan perubahan sosial semasa yang berlaku di sekeliling. Kepentingan daripada ini adalah para pelajar juga didedahkan dengan pengalaman baharu seperti tinjauan di lapangan di mana segala bentuk prosedur boleh dipelajari dan tidak kurang juga dapat menyaksikan gelagat pengundi pada hari pengundian. Ini adalah bertepatan dengan dasar dan ketetapan yang telah diambil dan selari dengan aspirasi pihak kerajaan dalam usaha untuk mempromosikan kepentingan mengundi terutama sekali kepada orang ramai khususnya anak-anak muda 'yang berusia 18 tahun ke atas agar mereka merasa terpanggil untuk melangsungkan tanggung jawab mereka sebagai seorang rakyat Malaysia.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Shahidah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Buletin ICAN
ISSN: 2811-3802
Keywords: Voting Education Society, VES, PRN, Dewan Undangan Negeri, DUN
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90058
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90058.pdf] Text
90058.pdf

Download (514kB)

ID Number

90058

Indexing

Statistic

Statistic details