Majlis Apresiasi APB 2023 / Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah Ab .Latif and Aileen Farida Mohd Adam

Raja Berahim, Raja Rosila and Ab .Latif, Nur Afiqah and Mohd Adam, Aileen Farida (2024) Majlis Apresiasi APB 2023 / Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah Ab .Latif and Aileen Farida Mohd Adam. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Kemajuan atau pembangunan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada komitmen semua staf dalam sesebuah organisasi tersebut. Salah satu inisiatif yang boleh diambil bagi menyuntik semangat setiap staf dalam mengekalkan produktiviti seterusnya melakar kejayaan demi kejayaaan adalah dengan meraikan pencapaian mereka. Justeru, pada 1 Februari 2023, bertempat di Hotel UiTM Cawangan Pulau Pinang, Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Pulau Pinang, khususnya Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kebajikan Sosial Staf APB telah menganjurkan Majlis Apresiasi APB 2023. Bertemakan konsep fesyen antara bangsa, barisan staf yang hadir kelihatan cantik dan segak menggayakan pelbagai jenis pakaian seperti Kimono, Baju Kurung, Baju Kebarung, Jubah, Kurta, Cheongsam moden, Hanfu dan Tangzhuang. Terdapat 13 kategori anugerah atau penghargaan yang telah diberikan. Antara kategori tersebut ialah Anugerah Penerbitan, Anugerah Inovasi, Anugerah Pencapaian Geran Penyelidikan, Anugerah Pengantarabangsaaan MOU dan MOA, Anugerah Perundingan, Anugerah Penjanaan Kewangan, Anugerah Penganjuran Khidmat Masyarakat APB,Anugerah Jawatankuasa Cemerlang,Anugerah Kelab Paling Aktif, Anugerah Atlet APB, Penghargaan PerkhidmatanKetua Unit, Penghargaan Perkhidmatan Lecturer in Charge (LiC) dan Penghargaan Perkhidmatan lebih 20 tahun di APB UiTMCPP. Setiap penerima anugerah pulang dengan sejumlah wang tunai, plak,sijil dan poster kanvas.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Raja Berahim, Raja Rosila
UNSPECIFIED
Ab .Latif, Nur Afiqah
UNSPECIFIED
Mohd Adam, Aileen Farida
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang
Date: January 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90053
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 90053.pdf] Text
90053.pdf

Download (2MB)

ID Number

90053

Indexing

Statistic

Statistic details