Kadang-kadang / Noraziah Mohd Amin

Mohd Amin, Noraziah (2024) Kadang-kadang / Noraziah Mohd Amin. Bulletin. Academy of Language Studies.
Identification Number (DOI): Issue 1
Abstract

Dengar ini nasihat nenek, wahai cucunda tersayang:
kadang-kadang tidak perlu berterus-terang
demi mengelak melukai hati orang
lebih baik menemberang bak Pak Belalang
daripada Si Luncai yang dihukum raja berang
padah mulut lantang bertutur lancang.

Dengar ini nasihat nenek:
kadang-kadang tidak perlu terlalu baik
membuat kerjaan orang yang pandai berdolak-dalik
menjaga hati orang tapi hati sendiri pula robek
jadilah seperti Sang Kancil berotak cerdik
demi mengelak di belakang orang berbisik
maka berilah seribu alasan walaupun pelik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 89815.pdf]
Text
89815.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics