Mendukung ekonomi kitaran: belia dan pembudayaaan kitar semula plastik / Mohamad Izzuwan Fahmie Kamaluddin, Farah Nur Izzati Mohd Sazali and Nurul Hidayana Mohd Noor

Kamaluddin, Mohamad Izzuwan Fahmie and Mohd Sazali, Farah Nur Izzati and Mohd Noor, Nurul Hidayana (2023) Mendukung ekonomi kitaran: belia dan pembudayaaan kitar semula plastik / Mohamad Izzuwan Fahmie Kamaluddin, Farah Nur Izzati Mohd Sazali and Nurul Hidayana Mohd Noor. Borneo Akademika, 7 (2). pp. 25-35. ISSN 2462-1641

Abstract

Peralihan ke arah ekonomi kitaran yang lebih hijau memerlukan peraturan, dasar, pelaburan, inovasi, teknologi, dan juga perubahan tingkah laku di semua peringkat masyarakat. Kajian ini bertujuan menyiasat kesan teori tingkah laku terancang terhadap niat kitar semula golongan belia di Malaysia, serta perhubungan di antara peraturan dan dasar kitar semula sisa plastik, infrastruktur dan teknologi kitar semula sisa plastik, pengetahuan tentang kitar semula sisa plastik, dan niat kitar semula sisa plastik. Tinjauan dalam talian telah dijalankan ke atas 300 peserta. Teknik persampelan dalam penyelidikan ini menggunakan gabungan teknik persampelan kluster dan bertujuan. Analisa korelasi Pearson dan regresi berstruktur telah digunakan untuk menganalisis data, merangkumi kebolehpercayaan konstruk, kesahan, dan ujian hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peraturan dan dasar kitar semula sisa plastik, infrastruktur dan teknologi kitar semula sisa plastik, dan pengetahuan tentang kitar semula sisa plastik mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan niat kitar semula. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa pengetahuan tentang kitar semula sisa plastik mempunyai pengaruh yang paling signifikan dengan niat kitar semula. Hasil kajian boleh menjadi panduan untuk kerajaan dalam merangka kempen kitar semula yang berkesan bagi mempromosikan kelestarian negara dan juga membina strategi yang efektif dalam menyokong objektif ekonomi kitaran.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kamaluddin, Mohamad Izzuwan Fahmie
UNSPECIFIED
Mohd Sazali, Farah Nur Izzati
UNSPECIFIED
Mohd Noor, Nurul Hidayana
hidayana@uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmentalism. Green movement
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > Infrastructure (Economics). Capital. Capital productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
ISSN: 2462-1641
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 25-35
Keywords: Kitar semula sisa plastik; Infrastruktur dan teknologi kitar semula sisa plastik; Golongan belia
Date: December 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89624
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89624.pdf] Text
89624.pdf

Download (361kB)

ID Number

89624

Indexing

Statistic

Statistic details