AKNC 2021 Bahagian Hal Ehwal Pelajar: penyampaian perkhidmatan

UiTM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (2021) AKNC 2021 Bahagian Hal Ehwal Pelajar: penyampaian perkhidmatan. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah bahagian yang berperanan membangun dan menggilap bakat pelajar UiTM untuk kepimpinan masa hadapan. Sehingga kini, BHEP menguruskan hampir 170,000 orang pelajar di 35 buah kampus dan 25 buah fakulti seluruh sistem; BHEP UiTM mempunyai struktur tadbir urus yang sangat komprehensif dan mantap. Seiring dengan tuntutan pemegang taruh; operasi BHEP terbahagi kepada dua cabang utama; iaitu Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar; dan Perkhidmatan dan Kemudahan Pelajar. Untuk menjayakan visi, misi dan objektif BHEP, dan memastikan agenda utama BHEP direalisasikan, kepimpinan BHEP diterajui oleh oleh seorang Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dengan dibantu oleh 10 orang Pengarah dan Ketua Pusat/Unit, 7 orang Pengetua dan seorang Timbalan Pendaftar Kanan; dan 332 warga kerja. BHEP induk turut dibantu dan disokong oleh 13 orang Timbalan Rektor (HEP) di kampus-kampus cawangan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 89504.pdf]
Text
89504.pdf
Download (536kB)
Indexing & Metrics