Kajian terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) menurut perspektif maqasid syariᶜah / Muhammad Firdaus Hadi Fadzilah Shahimi

Fadzilah Shahimi, Muhammad Firdaus Hadi (2020) Kajian terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) menurut perspektif maqasid syariᶜah / Muhammad Firdaus Hadi Fadzilah Shahimi. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Sesuatu akta yang diperkenalkan di bawah Perlembagaan Malaysia mempunyai kepentingan dan peranannya tersendiri sebagai rujukan bagi setiap ahli undang-undang dan mereka yang berkaitan dalam bidang ini. Pengkaji tertarik untuk mengetengahkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 SOSMA 2012 yang telah menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sebelum ini sebagai tajuk kajian. Sehubungan itu, matlamat kajian ialah menilai kedudukan SOSMA menurut perspektif maqasid Syariᶜah dari sudut penguatkuasaan dan perlaksanaanya. Selain itu, objektif kajian ialah mengenalpasti latar belakang dan elemen kritikal dalam SOSMA serta menganalisis kedudukan Maqasid Syariᶜah dalam Perundangan Islam. Oleh yang demikian, metode yang digunakan ialah kualitatif yang berbentuk penerokaan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kajian perpustakaan yang memerlukan analisis dokumen seperti akta, keputusan kehakiman serta meneliti kitab-kitab turath dalam merungkai permasalahan perbandingan di antara Maqasid SYARIᶜAH dan pengaplikasiannya terhadap undang-undang. Selain itu, pengkaji menggunakan teknik temu bual semi struktur bagi mendapatkan pandangan sarjana mengenai isu ini. Penganalisaan turut dilakukan menggunakan pendekatan induktif dan komparatif. Dapatan pengkaji ialah SOSMA merupakan undang-undang subversif yang selari dengan tuntutan Maqasid Syariᶜah dari segi prosedur pelaksanaan. Namun dari segi penguatkuasaannya, SOSMA memerlukan semakan terperinci supaya maksud SOSMA selari dengan kehendak Maqasid Syariᶜah.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Fadzilah Shahimi, Muhammad Firdaus Hadi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abd Razak, Shukran
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Ijazah Sarjana Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Akta, Kesalahan, Keselamatan
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89370
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89370.pdf] Text
89370.pdf

Download (448kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

89370

Indexing

Statistic

Statistic details