Kajian amalan pengurusan sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Kuching / Ahmad Shah Affandie

Affandie, Ahmad Shah (2023) Kajian amalan pengurusan sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Kuching / Ahmad Shah Affandie. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Dewasa ini Sulh sebagai suatu kaedah Resolusi Pertikaian Alternatif (Alternative Dispute Resolution - ADR) semakin mendapat sambutan dan perhatian di Malaysia khususnya di Mahkamah Syariah. Sehubungan itu, kajian ini adalah mengenai menganalisis amalan pengurusan Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Kuching. Terdapat tiga objektif kajian yang hendak dicapai, iaitu menganalisis terhadap definisi, teori, konsep dan amalan sulh dalam perundangan Islam; menilai amalan sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Kuching; dan menganalisis aspek pentadbiran Unit Sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Bahagian Kuching. Kajian ini menggunakan tiga kategori tinjauan kajian lepas, iaitu sumber umum sebanyak 8 sumber, sumber khusus sebanyak 19 sumber, dan sumber rasmi dari agensi-agensi yang berbidangkuasa dalam perundangan syariah di Malaysia sebanyak 12 sumber. Selanjutnya kajian ini menggunakan empat kaedah utama dalam proses pengumpulan dan permerolehan data, iaitu kajian kepustakaan, kaedah temubual (wawancara), kaedah analisis dokumen dan kaedah pemerhatian. Dari segi aspek tempoh kutipan data, data yang dikutip untuk kajian ini adalah dari tahun 2014 hingga 2020, iaitu selama 7 tahun sahaja. Manakala kaedah analisis data kajian pula menggunakan empat kaedah utama iaitu kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah analisis kandungan dan kaedah komparatif. Hasilnya kajian ini merumuskan 3 dapatan utama kajian. Kajian merumuskan kaedah sulh telah berjaya dibangunkan berasaskan sumber dari al-Quran, al-Sunnah dan khazanah perundangan Islam yang berkembang dari zaman ke zaman, dengan mengutamakan prinsip keperluan, bukannya kehendak. Kajian ini juga mendapati kaedah sulh diupayakan sebagai salah satu kaedah dalam Resolusi Pertikaian Altenatif di luar mahkamah dengan memuktamadkan persetujuan bersama dalam proses yang lebih ringkas dan mudah berasaskan ‘win-win solution’. Kajian ini juga mengesahkan kepentingan aspek pengkhususan dalam bidang tugas perjawatan sebagai Pegawai Sulh terutamanya pemantapan kemahiran-kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, psikologi dan kaunseling.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Affandie, Ahmad Shah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Towpek, Hadenan (Prof. Madya Dr. )
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Islam, perundangan, resolusi
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89166
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89166.pdf] Text
89166.pdf

Download (122kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

89166

Indexing

Statistic

Statistic details