Aplikasi adab pelajar dan guru maahad tahfiz berdasarkan kitab al-Tibyan Fi Adab Hamalah al-Qur’an karya Imam al-Nawawi di maahad-maahad tahfiz Lembah Klang / Ahmad Hassan Ismail

Ismail, Ahmad Hassan (2019) Aplikasi adab pelajar dan guru maahad tahfiz berdasarkan kitab al-Tibyan Fi Adab Hamalah al-Qur’an karya Imam al-Nawawi di maahad-maahad tahfiz Lembah Klang / Ahmad Hassan Ismail. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Adab merupakan salah satu aspek yang amat dititik beratkan dalam kehidupan setiap manusia terutama yang bergelar Muslim kerana ia melambangkan kesyumulan Islam itu sendiri. Ianya menjadi etika dan disiplin dalam dunia pendidikan termasuk bidang tahfiz yang mengkehendaki setiap ahlinya memiliki akhlak al-Quran. Sesuatu yang positif apabila ramai ibu bapa di Malaysia mula menyedari akan kepentingan menuntut ilmu agama namun pada masa yang sama tidak ramai dalam kalangan mereka yang mementingkan aspek pendidikan ilmu adab untuk diterapkan terhadap anak-anak mereka. Dapat diperhatikan sesetengah maahad tahfiz tidak mempunyai kitab atau silabus khusus yang dijadikan sebagai sumber rujukan dalam metod pendidikan adab mereka, walaupun ada yang yang mempunyai silabus namun aplikasinya tidak dipraktikkan secara menyeluruh. Isu ini melahirnya generasi yang tidak beradab walaupun terdapat dalam kalangan mereka itu merupakan golongan yang cerdik pandai, berilmu serta menghafaz al-Quran sama ada pelajar mahupun guru. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji konsep adab dan menganalisa aplikasinya terhadap pelajar dan guru berdasarkan kitab al-Tibyan Fi Adab Hamalah al-Qur’an karangan Imam al-Nawawi r.a di maahad tahfiz Lembah Klang. Gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui kaedah dokumentasi, soal selidik serta temu bual telah digunakan bagi tujuan pengumpulan data untuk dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS Ver.20 bagi memperolehi dapatan statistik untuk melihat sejauh manakah konsep adab berdasarkan kitab al-Tibyan Fi Adab Hamalah al-Qur’an karya Imam al-Nawawi r.a ini diaplikasikan terhadap pelajar dan guru maahad tahfiz. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati terdapat banyak adab di dalam kitab tersebut yang bersesuaian dan ada yang telah sedia diamalkan, namun aplikasi adab tersebut tidak berjalankan secara konsisten dan menyeluruh kerana tiada disiplin khusus yang diselaraskan. Seterusnya disarankan beberapa cadangan yang boleh diambil bagi pihak pelajar, guru, ibu bapa, institusi maahad dan lembaga pendidikan agar dapat memperbaiki aplikasi adab pelajar dan guru maahad tahfiz.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Ahmad Hassan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yusoff, Kamariah
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Ijazah Sarjana Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Adab, Guru, Tahfiz
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89154
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 89154.pdf] Text
89154.pdf

Download (502kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

89154

Indexing

Statistic

Statistic details