Pemikiran dakwah Al-Faruqi : kajian dari sudut metodologi dan isi kandungannya / Ahmad Sabri Osman, Mohd Farid Mohd Sharif and Raihaniah Zakaria

Mohd Sharif, Mohd Farid and Osman, Ahmad Sabri and Zakaria, Raihaniah (2013) Pemikiran dakwah Al-Faruqi : kajian dari sudut metodologi dan isi kandungannya / Ahmad Sabri Osman, Mohd Farid Mohd Sharif and Raihaniah Zakaria. Esteem Academic Journal, 9 (2). pp. 96-107. ISSN 1675-7939
Abstract

Kertas ini bertujuan mengkaji konsep dan pemikiran dakwah tokoh ilmuan Muslim zaman moden yang terkenal di dunia Islam dan Barat iaitu Isma‘il Raji al-Faruqi. Beliau merupakan tokoh yang bergiat cergas menyampaikan dakwah ke seluruh dunia. Beliau terkenal dalam bidang falsafah dan perbandingan agama serta mempelopori usaha-usaha dialog antara agama. Data-data dikutip menggunakan Metode kajian sekunder sepenuhnya. Hasil kajian awal mendapati secara umumnya, al-Faruqi menggunakan metode al-Quran dan hujah akal dalam menyampaikan dakwah manakala isi kandungan dakwah pula merupakan huraian konsep tauhid yang digagaskannya. Konsep tauhid al-Faruqi merangkumi spektrum yang luas merangkumi sejarah, perbandingan agama, falsafah, etika, epistemologi, antropologi dan lain-lain. Berdasarkan pengamatan dan analisis al-Faruqi, semua permasalahan ummah bermula apabila terpisahnya pemikiran, tamadun dan kebudayaan ummah daripada konsep tauhid. Atas kesedaran itulah, al-Faruqi menggagas konsep tauhid dan mengajak seluruh umat Islam kembali menghayati tauhid sebagai turning point bagi membangunkan semula pemikiran, kebudayaan dan tamadun ummah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files

Full text not available from this repository.

Indexing & Metrics