Media sosial TikTok dalam perniagaan di Malaysia: menggenggam peluang digital / Nur Alia Amirnordin ... [et al.]

Amirnordin, Nur Alia and Abd Karim, Hilwana and Zainal, Nurazilah and Md Akhir, Norhaniza and Tengku Sulaiman, Tengku Sharifeleani Ratul Maknu (2023) Media sosial TikTok dalam perniagaan di Malaysia: menggenggam peluang digital / Nur Alia Amirnordin ... [et al.]. ASPIRASI FPP. ISSN 2735-0525
Abstract

Dalam era digital yang semakin canggih, perniagaan di Malaysia semakin peka terhadap kepentingan memanfaatkan platform media sosial untuk meningkatkan daya saing mereka. Salah satu platform yang semakin mendapat tumpuan adalah TikTok. TikTok, sebuah aplikasi media sosial yang popular di kalangan generasi muda, memberikan peluang yang besar kepada pemilik perniagaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada khalayak yang lebih luas dan beraneka ragam. TikTok mula diperkenalkan pada tahun 2016 oleh syarikat teknologi China, ByteDance. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat dan berkongsi video pendek dalam pelbagai genre seperti tarian, komedi, muzik, serta pelbagai kandungan kreatif lain. Pengguna TikTok boleh menggunakan muzik popular, dialog filem, serta efek khas untuk menambahkan elemen kreatif kepada video mereka. Keunikan ini telah menarik perhatian jutaan pengguna dari pelbagai peringkat umur di seluruh dunia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 89029.pdf]
Text
89029.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics