Ekonomi: eco-tourism pemacu ekonomi Malaysia / Nurhanani Aflizan Muhamad Rusli ... [et al.]

Muhamad Rusli, Nurhanani Aflizan and Mohd Mahyideen, Jamilah and Mohamad, Wan Normila and Yaakob, Hafisah (2023) Ekonomi: eco-tourism pemacu ekonomi Malaysia / Nurhanani Aflizan Muhamad Rusli ... [et al.]. ASPIRASI FPP. ISSN 2735-0525
Abstract

Pelancongan ekologi ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Secara amnya, eko-pelancongan bertumpu kepada interaksi dengan komponen alami dalam persekitaran semula jadi. Eko-pelancongan memberi tumpuan kepada perjalanan yang bertanggungjawab, pembangunan diri dan kelestarian alam sekitar. Eko-pelancongan lazimnya melibatkan perjalanan ke destinasi di mana flora, fauna dan warisan budaya merupakan tarikan utama. Eko-pelancongan bertujuan untuk menawarkan pelancong gambaran tentang kesan manusia terhadap alam sekitar dan untuk memupuk penghargaan yang lebih besar terhadap habitat semula jadi. Eko-pelancongan menyasarkan kepada kesan alam sekitar yang minimum terhadap kawasan yang dilawati. Selain memupuk rasa hormat terhadap persekitaran semula jadi, eko-pelancongan juga membantu dalam mewujudkan faedah sosioekonomi kepada masyarakat di kawasan yang dilawati. Eko-pelancongan merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin popular dewasa ini. Ia telah diperkenalkan bukan sahaja di luar negara malah termasuk di Malaysia. Eko-pelancongan telah diberi perhatian dan mula dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK ke-7) dan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK ke-8) dan dilaksanakan secara serius melalui penubuhan Pelan Eko-pelancongan Kebangsaan (2016-2025) pada tahun 2015.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 89006.pdf]
Text
89006.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics