Parameter penentuan asnaf ‘miskin sementara’: analisis semasa pandemik COVID-19 / Ainina Mardhiyah Hishamuddin

Hishamuddin, Ainina Mardhiyah (2023) Parameter penentuan asnaf ‘miskin sementara’: analisis semasa pandemik COVID-19 / Ainina Mardhiyah Hishamuddin. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Pandemik virus korona atau virus COVID-19 yang melanda seluruh negara memberi impak yang besar kepada pelbagai aspek terutamanya aspek ekonomi. Virus COVID-19 ini sangat bahaya dan boleh menjangkiti manusia sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian. Kebanyakan negara termasuklah Malaysia mengambil tindakan yang drastik bagi mencegah penularan wabak ini. Kerajaan Malaysia melakukan tindakan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara dan kemasukan pelancong asing ke dalam negara. Penutupan semua institusi pendidikan termasuklah institusi pendidikan rendah, menengah, pra-universiti dan lain-lain. Pelaksanaan PKP menyebabkan berlakunya kejatuhan ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara sebanyak RM2.4 bilion sehari sepanjang tempoh PKP memberikan impak yang besar kepada ekonomi rakyat. Rakyat terjejas sumber pendapatan dan hilang pekerjaan kesan daripada pelaksanaan PKP. Bilangan mereka yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan terus meningkat seterusnya menyebabkan peningkatan kepada bilangan asnaf miskin. Kajian ini bertujuan menjelaskan maksud dan konsep asnaf ‘miskin sementara’ dan menganalisis bentuk bantuan yang sesuai bagi asnaf ‘miskin sementara. Kajian ini juga mencadangkan parameter bagi penentuan asnaf ‘miskin sementara’ dalam situasi pandemik COVID-19. Bagi mencapai objektif, kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif iaitu melalui metode pengumpulan data dan analisis data. Kajian ini menghasilkan parameter penentuan asnaf ‘miskin sementara’ untuk situasi pandemik COVID-19. Hasil kajian ini iaitu parameter penentuan asnaf ‘miskin sementara’ boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada bahagian pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hishamuddin, Ainina Mardhiyah
2020268502
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yaakob, Mohd Ashrof Zaki
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari – IC780
Keywords: COVID-19, PKP, asnaf
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88800
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88800.pdf] Text
88800.pdf

Download (275kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

88800

Indexing

Statistic

Statistic details