Kerangka pengurusan aktiviti keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia / Mohd Aariffin Mohd Taharin

Mohd Taharin, Mohd Aariffin (2023) Kerangka pengurusan aktiviti keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) di Malaysia / Mohd Aariffin Mohd Taharin. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Perkembangan Institusi Tahfiz Swasta (ITS) berlaku dengan pantas berikutan permintaan tinggi terhadap pendidikan agama berteraskan Quran pada masa kini. Pengurusan ITS bersifat mandiri dengan kebergantungan sepenuhnya kepada sumbangan dan yuran pelajar semata-mata. Ia dilihat tidak mencukupi seterusnya mendatangkan masalah kewangan yang serius. ITS semakin kreatif mengintegrasikan keusahawanan dalam sistem pendidikan ITS masing-masing sebagai solusi kepada masalah kewangan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah (ⅰ) Membincangkan konsep pengurusan keusahawanan dari perspektif Islam, (ⅱ) Menganalisa tahap kesesuaian aktiviti keusahawanan yang diamalkan oleh Institusi Tahfiz Swasta dan (ⅲ) Membangunkan kerangka pengurusan aktiviti keusahawanan Institusi Tahfiz Swasta di Malaysia. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif bermula analisis kandungan sorotan literatur, diikuti protokol temu bual berstruktur terhadap pengusaha ITS terpilih dan pakar keusahawanan secara bersemuka/atas talian, seterusnya data-data temu bual telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 9.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 88781.pdf]
Text
88781.pdf
Download (275kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics