Free Market 5.0 #ramadhanraya / Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri

Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha (2023) Free Market 5.0 #ramadhanraya / Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM.

Abstract

“FREE MARKET 5.0 #RAMADHANRAYA” telah dianjurkan oleh Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 10 dan 11 April 2023 yang lalu. Program ini adalah kesinambungan daripada Free Market 4.0 yang berlangsung pada bulan Januari yang lepas. Jabatan Sains Komputer (JSKM) tidak pernah melepaskan peluang untuk turut menyertai program ini seperti yang diminta oleh pihak MASMED bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada pekerja pembersihan atau “cleaner” iaitu kebanyakkannya adalah daripada golongan asnaf dan B40 serta kepada warga UiTM yang berminat. Konsep program ini adalah mengumpul barangan terpakai yang masih elok dan disumbangkan kepada yang berminat secara percuma. Free Market 5.0 kali ini bertemakan RamadhanRaya kerana ia berlangsung pada bulan Ramadhan 1444H. Ini merupakan Free Market kali kedua yang berlangsung pada bulan Ramadhan. Oleh itu, ramai staf JSKM yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi rezeki dengan menyumbang barang-barang terpakai seperti pakaian, barang-barang hiasan, buku serta wang bagi membeli barang-barang makanan untuk diagihkan kepada para pelajar serta pekerja ‘cleaner’ yang ada. Secara tidak langsung, barangbarang yang disumbangkan boleh digunapakai untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88195
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88195.pdf] Text
88195.pdf

Download (514kB)

ID Number

88195

Indexing

Statistic

Statistic details