Jual minyak masak terpakai: jana pendapatan tambahan / Nurhidayati Mat Daud and Nuraini Tutur

Mat Daud, Nurhidayati and Tutur, Nuraini (2023) Jual minyak masak terpakai: jana pendapatan tambahan / Nurhidayati Mat Daud and Nuraini Tutur. Bulletin. Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni.

Abstract

Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai dan Amalan 8R Siri 2 telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Seri Akasia, Bukit Mertajam pada 30 Oktober 2022. Seramai 35 orang staf Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai program yang telah mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) dan syarikat berlesen yang menjalankan perniagaan kitar semula minyak masak terpakai; Arus Oil. Program serampang dua mata ini bertujuan untuk memupuk budaya kitar semula minyak masak dan amalan 8R di kalangan penduduk Taman Seri Akasia. Selain itu, penduduk juga berpeluang menjual minyak masak terpakai pada harga yang lumayan iaitu RM2.50 per kilogram. Program bermula pada jam 9.30 pagi, dimana sebahagian peserta program ini yang terdiri daripada staf PKA menjalankan lawatan dari rumah ke rumah bagi mengedarkan risalah dan menjalankan kempen kitar semula minyak masak terpakai & amalan 8R. Penduduk diberi penerangan tentang kesan –kesan buruk pembuangan minyak masak terpakai ke dalam saluran paip. Ia bukan sahaja menjejaskan kefungsian saluran paip malahan mencemarkaan alam sekitar dan sumber air bersih seperti sungai. Bermula jam 10 pagi, penduduk mula membawa minyak masak terpakai untuk dijual kepada wakil syarikat Arus Oil. Proses jualan berjalan lancar dimana ianya menggunakan applikasi Arus Oil yang dimuat turun oleh penduduk. Peserta kempen membantu penduduk mengisi maklumat yang diperlukan bagi memudahkan urusan bayaran oleh Arus Oil kelak. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana sebanyak 444.7 kg minyak masak terpakai berjaya dikumpul pada hari tersebut.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Daud, Nurhidayati
UNSPECIFIED
Tutur, Nuraini
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Ghani, Kay Dora
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Abdul Hamid, Mohd Samsudin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Apa Habaq Hangpa?
ISSN: 3009-1616
Keywords: ‘Apa Habaq Hangpa?’, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Pulau Pinang
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88069
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 88069.pdf] Text
88069.pdf

Download (6MB)

ID Number

88069

Indexing

Statistic

Statistic details