HADRAH 7.0 / Norliana Hashim, Norhamizan Hamir and Mohd Syafiq Othman

Hashim, Norliana and Hamir, Norhamizan and Othman, Mohd Syafiq (2023) HADRAH 7.0 / Norliana Hashim, Norhamizan Hamir and Mohd Syafiq Othman. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.
Abstract

Hadiah Ramadan (HADRAH) 7.0 adalah program khidmat masyarakat anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) yang diadakan saban tahun. Tahun 2023 melengkapkan penganjuran kali ke tujuh program ini yang mensasarkan masjid-masjid di sekitar kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang. Masjid Al-Muhajirin Bandar Seberang Jaya telah dipilih untuk menjadi penganjur-bersama sekaligus menjadi lokasi utama program ini dijalankan. Penganjuran kali ini melibatkan skala yang lebih besar dari tahun-tahun sebelumnya menerusi penglibatan syarikat-syarikat, institusi pengajian tinggi, dan agensi kerajaan sebagai rakan strategik serta komuniti setempat. Program HADRAH 7.0 telah berlangsung pada 15 April 2023 bersamaan dengan 24 Ramadhan 1443 H. Namun demikian perancangan program telah pun disusun bermula dari Oktober 2022. Perancangan yang teliti telah dibuat oleh penganjur bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung. Beberapa siri aktiviti sebelum dan semasa program telah berlangsung antaranya Canteen Day, gotong royong membersihkan masjid, memasak bubur lambuk dan iftar, penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta majlis berbuka puasa. Program pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk yang bermula seawal jam 7.30 pagi hasil sumbangan komuniti setempat melalui empat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) iaitu Tenggiri, Siakap, Kampung Taman Baru dan Jalan Tun Hussien Onn. Sebanyak 4000 sehingga 6000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada penduduk sekitar Seberang Jaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87900.pdf]
Text
87900.pdf
Download (26MB)
Indexing & Metrics