Pertandingan ‘Battle of Empower Barista Art’ / Norhamizan Hamir ... [et al.]

Hamir, Norhamizan and Hashim, Norliana and Abdul Rahim Siddiqe, Ashraf Siddik Khan and Ahmad Ridzuan, Ahmad Hidayat (2023) Pertandingan ‘Battle of Empower Barista Art’ / Norhamizan Hamir ... [et al.]. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.
Abstract

Kesinambungan daripada kursus asas barista dan pengurusan kafe yang telah dijalankan bersama North Corridor Empower Region(NCER) pada pertengahan tahun lepas, sekali lagi pihak NCER telah mencetuskan idea untuk mengadakan pertandingan ‘Battle of Empower Barista Art’. Pertandingan ini melibatkan semua peserta yang telah mengikuti kursus asas barista dan pengurusan kafe yang telah di jalankan di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UiTM Cawangan Pulau Pinang Pertandingan ini telah diadakan di kafe He & She di UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 21 Mei 2023. Seramai empat orang peserta telah terpilih untuk bertanding pada pertandingan ini. Juri bagi pertandingan ini terdiri daripada tenaga pengajar Fakulti PengurusanHotel dan Pelancongan (FPHP); Dr Norhamizan Hamir dan En Ashraf Siddik Khan Abdul Rahim Siddiqe serta Cik Nur Shazwani Izzati Jamizan yang merupakan seorang Barista di kafe He &She. Peserta diberikan 15 minit dan perlu menyediakan dua minuman (sejuk dan panas) berasaskan kopi. Kriteria yang dinilai ialah teknik penyediaan kopi, teknik pembuihan susu, kebersihan dan keseragaman corak kopi ‘latte’.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87874.pdf]
Text
87874.pdf
Download (40MB)
Indexing & Metrics