Inisiatif meningkatkan perolehan geran penyelidikan Jabatan PPKAS / Ruhaida Rusmin ... [et al.]

Rusmin, Ruhaida and Saat, Rohaiza and Muhammad Low, Anis Low and Sheikh Mohd Ghazali, Sheikh Ahmad Izzadin (2023) Inisiatif meningkatkan perolehan geran penyelidikan Jabatan PPKAS / Ruhaida Rusmin ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Peribahasa Melayu ada mengatakan: ‘bagai air mencari jenisnya’; yang bermaksud berusaha untuk mencari ilmu tidak henti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 2016). Usaha meningkatkan perolehan geran penyelidikan merupakan salah satu tumpuan Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar (PPKAS) Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA cawangan Negeri Sembilan dalam menyokong hasrat universiti dalam membentuk staf akademik bertaraf global menerusi hasil penyelidikan (Mohd Janor, 2023). Namun, perolehan geran swasta/ antarabangsa bukanlah sesuatu proses yang mudah terutamanya kepada penyelidik muda dengan melihat ilmu, pengalaman dan kepakaran yang dianggap masih ‘hijau’. Menyahut cabaran ini, satu program dalaman jabatan iaitu Coffee Talk PPKAS ‘External Grants For Chemist: Motivation And Winning Strategies - special focus to Kurita Water International Grant’ telah dijalankan. Program ini sejajar dengan pembukaan tawaran geran oleh Kurita Water and Environment Foundation (KWEF) bagi penyelidikan di dalam bidang sains dan teknologi persekitaran berasaskan air (Kurita Overseas Research Grant, 2023). Program coffee talk ini diadakan secara maya pada 09 Mei 2023 bermula jam 10.30 pagi melalui aplikasi Google Meet (Rajah 1). Pelaksanaan program ini merupakan cetusan idea daripada bengkel Perancangan Strategik PPKAS 2023 pada 2 Februari lalu dalam mengenalpasti strategi untuk mencapai Key Performance Indicator PI61, PI62 dan PI63 yang melibatkan perolehan geran nasional/ swasta/ antarabangsa. Diskusi ilmu ini berlangsung dalam suasana santai dengan penglibatan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah serta pelajar pascasiswazah PPKAS.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rusmin, Ruhaida
UNSPECIFIED
Saat, Rohaiza
UNSPECIFIED
Muhammad Low, Anis Low
UNSPECIFIED
Sheikh Mohd Ghazali, Sheikh Ahmad Izzadin
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin APB Edisi 11
ISSN: 2682-7948
Keywords: Geran penyelidikan, PPKAS, Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87770
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87770.pdf] Text
87770.pdf

Download (1MB)

ID Number

87770

Indexing

Statistic

Statistic details