Kunjungan Safety Walk di Dapur Latihan Delima, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang / Farhan Faat ... [et al.]

Faat, Farhan and Badiuzaman, Ahmad Fauzan and Nik Mohd Nor, Nik Mohd Shahril and Mazlan, Nor Hafizah (2023) Kunjungan Safety Walk di Dapur Latihan Delima, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang / Farhan Faat ... [et al.]. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.

Abstract

Pada 10 Julai 2023 (Isnin), satu program Management Safety Walk daripada pihak Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negeri (JKKPN) UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diketuai Ts. Dr Mohamad Azhar Mohd Noor telah dilakukan di Dapur Latihan Delima. Program ini turut sama dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy, Timbalan Rektor HEA, KPP FPHP, Timb Bendahari, Ketua Polis Bantuan, Jurutera Fasiliti dan Pensyarah Seni Kulinari dan Pembantu Makmal FPHP. Program bermula sekitar jam 4 petang dan berakhir pada jam 6 petang. Secara ringkasnya, tujuan program ini dibuat adalah bagi melihat keadaan infrastruktur dan ruang pembelajaran di sekitar kawasan Delima. Seperti sedia diketahui, pengunaan banggunan Delima telah diguna pakai semenjak tahun 2016 berikutan kerja-kerja pengubahsuaian yang berlaku di tingkat 1 bangunan FPHP. Jangkaan awal penggunaan ruang hanyalah untuk sementara waktu dan disebabkan itu pihak fakulti menggunakan fasiliti yang sedia ada pada ketika itu. Walaubagaimanapun berikutan dengan peningkatan jumlah pelajar FPHP, ruang di Delima terus diperlukan dan diberikan hak penjagaan kepada FPHP. Kini keadaan di dapur Delima dilihat usang dan perlu dinaik taraf. Dengan keadaan di sekitar Dapur Latihan Delima dilihat kurang selamat kepada pelajar-pelajar dengan keadaan jalan kaki lima yang mendap dan rosak. Selain itu juga, ketiadaan kawasan yang bersesuaian untuk staf bekerja dan akses jalur lebar bagi pembantu makmal bekerja secara optimum perlu ditambah baik. Secara keseluruhan, kawasan pembelajaran yang kurang kondusif boleh mengakibat kan kecederaan kepada staf dan pelajar. Sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Faat, Farhan
UNSPECIFIED
Badiuzaman, Ahmad Fauzan
UNSPECIFIED
Nik Mohd Nor, Nik Mohd Shahril
UNSPECIFIED
Mazlan, Nor Hafizah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ariffin, Hashim Fadzil
UNSPECIFIED
Chief Editor
Mohd Akhir, Irina
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Hotel and Tourism Management
Journal or Publication Title: Hot & Tour Newsletter
ISSN: 2231-7422
Keywords: Hot & Tour Newsletter, Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang
Date: November 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87747
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87747.pdf] Text
87747.pdf

Download (40MB)

ID Number

87747

Indexing

Statistic

Statistic details