Siri jalinan kasih NR 2023 / Amirul Hakim Zulkifli

Zulkifli, Amirul Hakim (2023) Siri jalinan kasih NR 2023 / Amirul Hakim Zulkifli. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.
Abstract

Pada 9 JUN 2023, Jumaat. Jawatankuasa Perwakilan Non Resident (JPNR) di unit kolej Non Resident telah memberi sumbangan kepada 6 buah rumah pelajar UiTMCPP khususnya yang tinggal menyewa di sekitar Permatang Pauh, Bandar Perda dan Bukit Mertajam. Program Lawatan Ukhwah ini sememangnya menjadi program/aktiviti wajib setiap semester untuk JPNR UiTMCPP. Sumbangan berbentuk makanan asas dan bahan kering seperti beras , minuman, dan makanan ringan. “Tujuan utama JPNR ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar yang berada di luar kampus.”-Penasihat JPNR UiTMCPP Kali ini Timbalan Naib Canselor HEP Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi dari Shah Alam mencemar duli ke semua rumah pelajar NR UiTMCPP. Turut serta Dr. Hj. Mohammad Noor Jalil, Pengarah Akademi Kepolisan UiTM, Prof. Madya Dr. Mohd Azman Yahaya ,Pengarah Kokurikulum, dan Ts, Dr . Samsudin Wahab, Pengarah Institut Kepimpinan & Pemikiran Melayu. Kesemua pelajar amat menyantuni dan mereka berasa sangat dihargai atas kunjungan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87668.pdf]
Text
87668.pdf
Download (26MB)
Indexing & Metrics