Menyantuni masyarakat sambil beramal / Ahmad Redhuan Abu Bakar, Siti Aisyah Tumin and Saiful Bahri Mohd Kamal

Abu Bakar, Ahmad Redhuan and Tumin, Siti Aisyah and Mohd Kamal, Saiful Bahri (2023) Menyantuni masyarakat sambil beramal / Ahmad Redhuan Abu Bakar, Siti Aisyah Tumin and Saiful Bahri Mohd Kamal. Bulletin. Faculty of Hotel & Tourism Management, UiTM Pulau Pinang.
Abstract

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam membina hubungan kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial melalui program Corporate Social Responsibility (CSR) di Masjid Al Muhajirin Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dikala orang lain memanfaatkan waktu hujung minggu mereka bersama keluarga, pada hari Ahad, 19 Mac 2023 bersamaan dengan 26 Syaaban 1444 H yang lalu telah berlangsung aktiviti gotong-royong yang melibatkan warga fakulti serta mahasiswa dan mahasiswi bersama ahli jawatankuasa Masjid Al Muhajirin Seberang Jaya, Pulau Pinang. Program HADRAH kali Ke-7 (HADRAH 7.0) merupakan program tahunan bagi Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, tanggungjawab melahirkan siswa dan siswi yang berkualiti bagi industri adalah antara agenda UiTM. Walaubagaimanapun, tanggungjawab terhadap komuniti dan masyarakat amat penting bagi merealisasikan misi dan visi UiTM. Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi nikmat kesyukuran bersama masyarakat setempat dengan bertemakan “Untukmu, Kerana-Nya”. Program ini juga turut dijadikan satu medium dalam mendekatkan komuniti dan universiti. Justeru, aktiviti gotong-royong ini merupakan salah satu pengisian dalam senarai aktiviti program HADRAH 7.0 yang dijalankan sebelum menjelang bulan ramadhan al Mubarak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87648.pdf]
Text
87648.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics