Penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak / Chaplin Iba ... [et al.]

Iba, Chaplin and Marzuki, Dayang Zurianie and Anye, Einstein Edward and Jacob, Lynnex Chester and Hantin, Noraspalila and Ijmaen, Nur Muharima (2004) Penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak / Chaplin Iba ... [et al.]. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Hari ini, tidak dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit semakin penting di dalam kehidupan kita, terutama sekali dalam aspek perhubungan seharian. Dengan adanya telefon bimbit, seseorang itu akan dapat dihubungi bila-bila masa sahaja tidak kira masa dan sempadan asalkan dia berada dalam jangkauan penyedia perkhidmatan rangkaiannya. Namun, penggunaan telefon bimbit kini bukan sahaja diminati oleh golongan dewasa atau golongan yang berkemampuan, tetapi sekarang golongan kanak-kanak pun turut merasakan bahawa telefon bimbit semakin penting dalam kehidupan mereka, dan ini turut melibatkan pelajar hari ini yang merasakan penggunaan telefon bimbit sangat penting dalam kehidupan mereka. Perkara ini bukan perkara baru kerana sebelum ini golongan remaja khususnya pelajar tergila-gila dengan telefon bimbit sehingga mereka sanggup menghabiskan wang ringgit demi mencapai impian mereka untuk membeli aksesori bagi perhiasan telefon bimbit mereka atau membeli telefon bimbit baru. Kajian kami ini mengetengahkan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar khususnya pelajar di Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak. Tujuan kami membuat kajian ini adalah untuk mengkaji dan menyelidik sejauh mana kepentingan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar. Melalui kajian kami ini, kami mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit di kalangan responden, khususnya pelajar di kawasan kajian kami ini adalah penting dan ianya merupakan suatu keperluan dan bukannya lagi sebagai suatu kehendak yang harus dipenuhi. Di samping itu, berkenaan dengan fenomena baru ini, kami ada menerima maklumbalas daripada responden dan menjadikannya sebagai suatu penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit di kalangan para pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87449.pdf]
Text
87449.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics