Healing travel / Nur Aliah Mansor, Mazne Ibrahim and Siti Salina Saidin

Mansor, Nur Aliah and Ibrahim, Mazne and Saidin, Siti Salina (2023) Healing travel / Nur Aliah Mansor, Mazne Ibrahim and Siti Salina Saidin. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

#Healing: Terma yang sinonim dengan tren media social masa kini. Setiap hujung minggu, garis masa media sosial akan dihujani oleh tanda pagar #healing. Hantaran (posting) #healing pastinya diambil berlatarbelakangkan kawasan rekreasi diserata negara. Kawasan-kawasan rekreasi dalam Malaysia menjadi tumpuan bagi orang tempatan dan juga pelancong domestik yang datang dari pelbagai latar belakang dengan tujuan utama, iaitu #healing. Perkataan tren #healing datang dari istilah self-healing. The Berkeley Well-Being Institute mentakrifkan self-healing sebagai proses pemulihan daripada penyakit atau keadaan yang tidak sihat, biasanya dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil. Mereka juga mendapati bahawa self-healing juga mencakupi masalah kesihatan fizikal, kerana kesihatan emosi dan fizikal seseorang adalah saling berhubungan. Sejak Malaysia memasuki fasa pascapemulihan, tekanan di tempat kerja semakin dirasakan akibat perubahan dalam menjalani tugasan pejabat dan kehidupan harian selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP telah memberikan impak negatif terutama dalam keperluan sosial. Sebelum ini, kehidupan kita didorong oleh interaksi sosial seperti makan tengah hari bersama rakan sekerja, bertemu dengan rakan selepas waktu kerja, dan memenuhi jemputan majlis perkahwinan saudara-mara. Namun, semasa PKP, segala pertemuan secara fizikal terpaksa ditangguhkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87439.pdf]
Text
87439.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics