Pengalaman menyertai program Little Scientist in Action! 2.0 mencambah minda sains saya / Muhammad Akid Hakim Mohd Azhar

Mohd Azhar, Muhammad Akid Hakim (2023) Pengalaman menyertai program Little Scientist in Action! 2.0 mencambah minda sains saya / Muhammad Akid Hakim Mohd Azhar. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Menyebut sahaja sains pasti kita semua akan terfikir tentang saintis, susahnya nak belajar sains ini, padahal sains itu sendiri merangkumi akan aspek setiap kehidupan kita di dunia. Manakan tidak, dari kita terjaga hingga kita melelapkan mata kita tidak dapat lari dari aspek sains. Dari kita bernafas, berlari serta berkomunikasi dengan alam semesta, semuanya melibatkan sains. Oleh kerana itulah kita perlulah didedahkan kemahiran sains ini daripada kita kecil lagi. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, bidang sains telah diletakkan didalam program STEM, iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. STEMmerujuk merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar. Saya berpeluang untuk mencambah minat sains dengan menyertai program Little Scienteist In Action! 2.0 yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Biologi, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah pada 29 Ogos 2023.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87427.pdf]
Text
87427.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics