Simbiosis perikanan dan hutan paya bakau / Nurul Asyikin Ibharim

Ibharim, Nurul Asyikin (2023) Simbiosis perikanan dan hutan paya bakau / Nurul Asyikin Ibharim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Hutan paya bakau merujuk kepada tumbuh-tumbuhan tropika yang hidup di dalam komuniti paya serta kawasan bersaliniti. Lokasi bagi hutan ini hidup subur adalah di dalam zon pasang surut yang dominan di sepanjang garisan pantai tropika. Akan tetapi, kawasan tumpuan bagi pembiakan hutan paya bakau hanya terletak di antara daratan dan lautan yang terlindung daripada ombak besar. Terdapat kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan yang bersimbiosis di sepanjang kawasan hutan paya bakau. Selain itu, antara kriteria lain bagi mengenali spesies tumbuhan hutan paya bakau adalah ia mempunyai taksonomi yang terasing dari komuniti pokok daratan. Hal ini menjadikan tumbuhan di hutan paya bakau mampu beradaptasi dengan baik dengan persekitaran yang ekstrem serta membolehkan ekosistem ini untuk hidup dalam keadaan yang dipengaruhi oleh arus pasang surut dan juga keadaan cuaca yang tidak menentu. Ekosistem yang unik ini merupakan ekosistem hutan yang paling produktif di dunia. Akan tetapi, kelestarian ekosistem ini terancam oleh pelbagai faktor antropogenik mahupun semulajadi. Salah satu ancaman ialah penyusutan kawasan hutan paya bakau, ekoran daripada kesan pelbagai aktiviti di sepanjang pesisir pantai.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibharim, Nurul Asyikin
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Simbiosis perikanan, hutan paya bakau, pantai tropika
Date: October 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87423
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87423.pdf] Text
87423.pdf

Download (7MB)

ID Number

87423

Indexing

Statistic

Statistic details