Peranan dan kepentingan fitoplankton di perairan hutan paya bakau / Sharir Aizat Kamaruddin ... [et al.]

Kamaruddin, Sharir Aizat and Abu Seman, Nur Alya Farzana and Idris, Nurul Syafinaz and Hashim, Aimie Rifhan and Juhari Kangsar, Nurainun Hanani and Mahadzir, Afif Jazimin and Hafiz, Muhamad Hasrul and Abdul Hadi, Muhammad Firdaus and Nasiruddin, Syed Taufiq Akmal (2023) Peranan dan kepentingan fitoplankton di perairan hutan paya bakau / Sharir Aizat Kamaruddin ... [et al.]. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Hutan paya bakau terbukti kaya dengan kepelbagaian kandungan nutrient penting. Pengaruh kandungan nutrien dan beberapa parameter kualiti air seperti kemasinan, kekeruhan, pH, dan jumlah pepejal terlarut mampu mengekalkan kepelbagaian dan kemandirian spesies fitoplankton. Kajian lepas telah membuktikan bahawa kandungan nitrat, fosfat, kemasinan, serta kekeruhan di kawasan tertentu mampu mempengaruhi dan berkait rapat dengan kadar limpahan atau taburan fitoplankton, khususnya di kawasan tropika. Selain itu, kajian juga memberikan pendedahan tentang kesesuaian hutan paya bakau yang diperkaya dengan nutrien penting dalam menampung kepelbagaian spesies fitoplankton berbanding kawasan muara yang lain. Peningkatan nutrien penting di dalam air berlaku atas faktor perbezaan kitaran musim dan juga proses hidrodinamik di suatu kawasan mampu meningkatkan lambakan dan limpahan fitoplankton.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87410.pdf]
Text
87410.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics