Pengaruh organisasi pembelajaran terhadap kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan harian negeri Perak / Badrol Hisham Abdullah Ishak and Mahaliza Mansor

Abdullah Ishak, Badrol Hisham and Mansor, Mahaliza (2019) Pengaruh organisasi pembelajaran terhadap kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan harian negeri Perak / Badrol Hisham Abdullah Ishak and Mahaliza Mansor. e-Academia Journal, 8 (1). pp. 77-92. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh organisasi pembelajaran terhadap kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan harian (SMKh) Negeri Perak. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan rentas yang menggunakan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 374 orang guru dari 50 buah SMKh. Data dianalisis menggunakan kolerasi Pearson product-moment dan regresi pelbagai stepwise. Analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan organisasi pembelajaran dan kepuasan kerja kerja keseluruhan (r = 0.41, p = 0.00). Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa pemboleh ubah organisasi pembelajaran iaitu pembelajaran berkumpulan (β = .298, p = 0.00) merupakan pengaruh utama terhadap kepuasan kerja guru diikuti visi bersama (β = .210, p = 0.00). Sejumlah 20.3 peratus variasi di dalam kepuasan kerja keseluruhan diterangkan oleh pemboleh ubah bebas. Kesimpulannya, organisasi pembelajaran mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru SMKh di Perak. Implikasi kajian menunjukkan organisasi pembelajaran boleh meningkatkan kepuasan kerja guru. Kajian juga memberi sumbangan ilmu pengetahuan yang baharu dengan memperkenalkan model baharu untuk mengkaji kepuasan kerja guru dengan mempertimbangkan pengaruh organisasi pembelajaran.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah Ishak, Badrol Hisham
badrol75@gmail.com
Mansor, Mahaliza
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Factor analysis. Principal components analysis. Correspondence analysis
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 8
Number: 1
Page Range: pp. 77-92
Keywords: Organisasi Pembelajaran, Kepuasan Kerja Keseluruhan, Kepuasan Kerja Faktor Ekstrinsik, Kepuasan Kerja Faktor Intrinsik, Guru
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87353
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 87353.pdf] Text
87353.pdf

Download (632kB)

ID Number

87353

Indexing

Statistic

Statistic details