Hutan paya bakau: pendidikan ekosistem kepada pelajar / Nor Syamaliah Ngah, Norazlin Abd. Aziz and Azila Ayob

Ngah, Nor Syamaliah and Abd. Aziz, Norazlin and Ayob, Azila (2023) Hutan paya bakau: pendidikan ekosistem kepada pelajar / Nor Syamaliah Ngah, Norazlin Abd. Aziz and Azila Ayob. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Hutan paya bakau merupakan satu istilah am yang digunakan bagi menggambarkan kepelbagaian komuniti tumbuhan yang hidup di tepi laut kawasan tropika. Secara dasarnya, hutan paya bakau yang luas didapati di Kawasan sekeliling pulau, pesisiran pantai, muara sungai, dan di kawasan yang mengalami air pasang surut. Walau bagaimanapun, menurut Sahabat Alam Malaysia sebuah Petubuhan bukan kerajaan/pemerintah menyatakan bahawa lebih daripada 50% hutan paya bakau di semenanjung mengalami kemusnahan akibat daripada aktiviti pembangunan untuk meningkatkan ekonomi negara. Di samping itu, hutan paya bakau juga telah banyak ditimbus guna dan ditambak untuk dijadikan kawasan pertanian, kolam udang dan ikan secara komersial dan penempatan komuniti. Aktiviti perindustrian sedemikian telah menyebabkan ekosistem di sekitar hutan paya bakau terganggu dan membantutkan tumbesaran pokok baya bakau. Hutan paya bakau sangat penting untuk melindungi kawasan pesisiran pantai dengan menyerap gelombang ombak besar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 87338.pdf]
Text
87338.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics