Kesan melupakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia / Nurul Atikah Poniran

Poniran, Nurul Atikah (2022) Kesan melupakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia / Nurul Atikah Poniran. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu mempertahankan kedaulatan negara. Saban hari, semangat nasionalisme yang terdapat dalam diri masyarakat Malaysia semakin hilang tanpa mengira lapisan umur dek kerana kemewahan dan kesenangan hidup masyarakat Malaysia sekarang. Rakyat sekarang lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat cinta akan tanah air. Terdapat pelbagai kesan jika semangat nasionalisme dilupakan oleh Rakyat. Tapi apakah yang akan berlaku jika rakyat melupakan semangat ini? Pertamanya, bangsa Malaysia akan dimalukan oleh pelbagai pihak. Pendekatan stereotaip ras yang menetapkan pelbagai sifat negatif kepada semua lapisan kaum di Malaysia terus kekal dan disebarkan ke peringkat antarabangsa. Bangsa Melayu dikatakan sebagai bangsa yang malas, suka berkhayal dan tidak boleh dipercayai, bangsa Cina dinisbahkan sebagai bangsa pencandu dan suka berjudi manakala bangsa India pula dikatakan sebagai bangsa yang lemah daya intelektual, pengotor dan kuat minum todi (Kahal & Rahim, 2017}. Pendedahan yang bersifat stereotaip ini akan menyebabkan semua bangsa di Malaysia akan merasa malu dan hilang maruah diri untuk berhadapan dengan bangsa lain di dunia ini. Apa yang lebih buruk lagi, rakyat Malaysia akan beranggapan bahawa semua warisan silam bangsa mereka bersifat rendah dan ketinggalan zaman berbanding dengan warisan yang ditinggalkan oleh warisan tamadun Barat, yang juga dikenali sebaqai pendekatan euro-centric.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Poniran, Nurul Atikah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Nasionalisme, Malaysia, euro-centric
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86888
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86888.pdf] Text
86888.pdf

Download (1MB)

ID Number

86888

Indexing

Statistic

Statistic details