Civil Engineering Colloquium 2022 / Dr. Kuan Woei Keong

Kuan, Woei Keong (2023) Civil Engineering Colloquium 2022 / Dr. Kuan Woei Keong. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.

Abstract

Kolokium "Civil Engineering Colloquium 2022" anjuran PPKA UiTMCPP telah diadakan dengan jayanya pada 31 Mei 2022. Program ini bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada peserta untuk mengemukakan dan menerbitkan hasil kerja penyelidikan mereka. Hasil pembentangan peserta akan dikumpulkan dan diterbitkan dalam prosiding kolokium dengan ISBN dan yang terpilih akan diterbitkan dalam jurnal berindeks (MYCITE), Jurnal Kejuruteraan, Penerbit UKM. Program ini telah menyediakan satu platform kepada staf akademik dan pelajar pasca siswazah untuk membentangkan hasil kerja penyelidikan. Di samping itu, melalui program ini hasil penerbitan di peringkat pusat pengajian dapat dipertingkatkan dalam jurnal berindeks (MYCITE). Program ini juga merupakan satu program pembangunan dan Latihan staf tahunan di peringkat pusat pengajian bagi memenuhi perancangan fakulti. Didapati seramai 22 orang peserta telah membentangkan kertas kerja mereka yang merangkumi bidang kejuruteraan struktur, kejuruteraan geoteknik, pengurusan pembinaan dan pengurusan sumber air. Pada permulaan kolokium, Prof Dr Hj Roslan Zainal Abidin selaku Associate Fellow Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTMCPP telah memberikan ucapan keynote yang bertajuk "Landslide Risk with Regards to Rainfall Erosivity and Soil Erodibility". Beliau telah berkongsi pengalaman dan memberi penjelasan yang terperinci tentang penunjuk indicator untuk mengenalpasti risiko tanah runtuh. Selain itu, beliau juga membentangkan penyelidikan yang terkini dalam bidang berkenaan. Pembetangan daripada 22 orang peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Para peserta telah membentang kertas kerja mereka pada dua sesi pagi dan sesi petang yang dilancarkan secara selari. Setelah pembentangan kolokium ini, kertas kerja yang dihantarkan oleh peserta yang terpilih akan diterbitkan dalam jurnal berindeks (MYCITE), Jurnal Kejuruteraan, Penerbit UKM.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ahmad, Juhaizad
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Buletin, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86737
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86737.pdf] Text
86737.pdf

Download (237kB)

ID Number

86737

Indexing

Statistic

Statistic details