Kajian kesedaran dan amalan etika perniagaan mengikut perspektif Islam / Kamal Bahrin Shamsuddin, Elias Jaafar and Osman Abd. Hamid

Shamsuddin, Kamal Bahrin and Jaafar, Elias and Abd. Hamid, Osman (2024) Kajian kesedaran dan amalan etika perniagaan mengikut perspektif Islam / Kamal Bahrin Shamsuddin, Elias Jaafar and Osman Abd. Hamid. In: Prosiding Kolokium 2004. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 20-31. ISBN 9771675919003

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti aspek-aspek pengetahuan etika, kesedaran dan amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Sebanyak 216 responden terdiri daripada para peniaga muslim telah ditemuduga di 10 kawasan di Zon Utara Semenanjung Malaysia. Data penyelidikan dianalisis menggunakan pendekatan kaedah ujian teknik analisis faktor, analisis model-model secara regresi mudah dan regresi boleh bilang. Keputusan kajian mendapati tahap pengetahuan etika, kesedaran dan amalan peniaga-peniaga muslim adalah kurang memuaskan. Walaupun begitu responden mempunyai tahap amalan yang baik dari sudut perlaksanaan akad jual beli, pengasingan barangan berbeza kualiti untuk mengelak unsur-unsur gharar, mempastikan ketepatan alat timbang sukat, dan tidak berurusniaga pada masa terlarang. Hasil kajian turut mendapati wujud hubungan signifikan di antara tahap amalan perniagaan mengikut perspektif Islam dengan pembolehubah bebas tahap pengetahuan etika dan tahap kesedaran. Oleh yang demikian, peniaga muslim yang tidak mempunyai pengetahuan etika dan kesedaran adalah mereka yang tidak mempraktikkan amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Angkubah bebas kekerapan menghadiri kursus etika perniagaan Islam dan kawasan operasi perniagaan didapati mempunyai hubungan signifikan dengan tahap amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Berdasarkan penemuan kajian ini, adalah disarankan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkan semua para peniaga muslim mengikuti kursus etika perniagaan Islam selaras dengan kepentingan para pengguna muslim dan untuk mencapai matlamat kerajaan menjadikan Malaysia pengeluar utama barangan dan perkhidmatan halal di peringkat antarabangsa.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Kamal Bahrin
kamal477@uitm.edu.my
Jaafar, Elias
UNSPECIFIED
Abd. Hamid, Osman
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HF Commerce > Business ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Volume: 1
Page Range: pp. 20-31
Keywords: Pengetahuan etika, Islam, peniaga muslim
Date: 13 May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86316
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 86316.pdf] Text
86316.pdf

Download (714kB)

ID Number

86316

Indexing

Statistic

Statistic details