Proses penyediaan plot tanaman mengambil masa yang lama

Sariman, Mohamad Zaharudin and Karim, Juliana and Adam, Salwa and Tamby Husin, Natasha Afzan and Abdul Rahim, Nurulhuda and Othman, Nur Maizatul Idayu and Kamarul Zaman, Nur Badriyah and Hamid, Nur ‘Amira and Ramli, Nurul Wahida and Abdullah, Nur Suraya and Wan Mat, Wan Azizi (2023) Proses penyediaan plot tanaman mengambil masa yang lama. In: Konvensyen KIK Peringkat UiTM Kali ke-27, 23 hingga 25 Oktober 2023, Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam. (Unpublished)
Abstract

Kerja Lapangan 1 (FPA100) merupakan kursus teras fakulti yang wajib diambil oleh pelajar Bahagian 1, program Diploma Pengurusan Ladang di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), Universiti Teknologi MARA. Kursus ini merupakan satu amali ladang yang mewajibkan pelajar menanam tanaman sayuran jangka pendek (cash crop) seperti sawi, bayam dan kangkung. Kursus ini membolehkan setiap pelajar mengambil bahagian secara aktif untuk mempelajari kemahiran asas dalam pertanian. Pelaksanaan amali ladang untuk penanaman sayuran ini memerlukan pelajar menyediakan plot tanaman dan ini melibatkan aktiviti merumput dan menggembur tanah. Pelajar juga perlu memastikan aktiviti berkenaan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Pengajaran (Lesson Plan). Selain itu, plot tanaman yang dihasilkan juga perlu menepati spesifikasi yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Penyediaan Plot Tanaman. Namun begitu, aktiviti penyediaan plot tanaman yang dilaksanakan oleh pelajar FPA di UiTM Kampus Jasin ini seringkali melebihi tempoh masa yang ditetapkan. Bagi memastikan plot tanaman dapat disiapkan, pelajar perlu melaksanakan aktiviti merumput dan menggembur tanah diluar waktu pembelajaran. Keadaan ini sekiranya berterusan, akan menjejaskan waktu pembelajaran pelajar. Justeru itu, penghasilan alat untuk merumput dan menggembur bagi menyokong proses pembelajaran adalah perlu bagi memastikan aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut Pelan Pengajaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 86152.pdf]
Text
86152.pdf
Restricted to Registered users only
Download (27MB)
[thumbnail of 86152.pdf]
Text
86152.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics