Transkrip wawancara bersama Puan Hajjah Zainab@Ngah Binti Mamat tokoh kraf negara dan tokoh songket / Nur Fatin Syawani Azeman and Eili Aida Nawawi

Azeman, Nur Fatin Syawani and Nawawi, Eili Aida (2021) Transkrip wawancara bersama Puan Hajjah Zainab@Ngah Binti Mamat tokoh kraf negara dan tokoh songket / Nur Fatin Syawani Azeman and Eili Aida Nawawi. [Oral History] (Submitted)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama Tokoh Kraf Negara Malaysia iaitu Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat untuk mengetahui tentang sejarah beliau melibatkan diri dengan dunia tenunan songkek dan keunikan songkek di Terengganu. Temubual ini telah dijalankan di Kampung Gelung Gajah, Kuala Terengganu pada 7 November 2020 bermula jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat telah melibatkan diri dalam bidang menenun semenjak beliau berumur 7 tahun yang pada awalnya hanya mengambil upah RM4 untuk sehelai kain bagi menampung pendapatan keluarganya. Selain itu, pencapaian yang tertinggi beliau ialah hasil tenunan beliau telah mendapat perhatian kalangan istana. Selain Istana Negara menempah pakaian untuk penjawat istana sejak 10 tahun yang lalu, Istana Maziah di Terengganu turut pernah menempah pakaian songket untuk kegunaan upacara tertentu di istana. Beliau juga pernah menghasilkan kain songket untuk pakaian pengantin diraja Brunei. Seterusnya, beliau juga telah terpilih untuk menjadi Tokoh Kraf Negara dalam bidang tenunan songket pada tahun 2002 bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau. Selain menghasilkan samping songket untuk lelaki, beliau turut menghasilkan sarung, selendang dan persalinan untuk wanita termasuk pakaian pengantin. Hajah Zainab turut menghasilkan beberapa produk hiasan yang menggunakan kain songket seperti alas meja, sarung kusyen, hiasan dinding, beg tangan, cekak kepala dan sebagainya. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat semasa berkhidmat dalam bidang tenunan semenjak umur 7 tahun. Sejarah kehidupan dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 86048.pdf]
Text
86048.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics