PPIM / Rayner Tangkui

Tangkui, Rayner (2023) PPIM / Rayner Tangkui. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 1095-1100. ISBN 9789672948513
Abstract

Kemahiran mendarab pecahan merupakan kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi menyediakan asas yang kukuh bagi menguasai kemahiran matematik yang lebih kompleks serta membantu dalam penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Namun demikian, terdapat murid yang masih tidak menguasai kemahiran mendarab pecahan dengan baik, terutama mendarab pecahan wajar dengan penyebut hingga 10. Ini telah memberi kesan kepada keupayaan murid untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban pecahan, menjejaskan pencapaian dan bilangan murid lulus dalam ujian pra serta menyebabkan murid tidak berminat untuk mengikuti PdP pendaraban pecahan. Justeru, PPIM, iaitu akronim bagi Pakej Pembelajaran Interaktif MineEdu, merupakan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan pengintegrasian permainan digital Minecraft versi pendidikan (Minecraft Education) dengan YouTube yang berperanan sebagai intervensi bagi meningkatkan kemahiran murid mendarab pecahan, meningkatkan pencapaian dan bilangan murid lulus dalam ujian pasca serta meningkatkan minat murid terhadap PdP pendaraban pecahan. Inovasi ini telah dibangunkan berpandukan pendekatan Design Thinking yang melibatkan peringkat empati, takrif, sumbangsaran, prototaip dan uji. Penggunaan PPIM telah meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan soalan pendaraban pecahan, mentransformasi amalan PdP guru serta meningkatkan minat murid terhadap PdP pendaraban pecahan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 85800.pdf]
Text
85800.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics