Transkrip Wawancara bersama Encik Azhar Bin Sulaiman, Tokoh Seniman Warisan 2022, mengenai latar belakang , kerjaya dan penaglaman hidup sebagai seorang lakonan dan pengacaraan dan arkitek yang terkenal / Fatihah Balqis Shuhaimi @ Mohd Nasir and Muhammad Irfan Abd Wahab

Shuhaimi @ Mohd Nasir, Fatihah Balqis and Abd Wahab, Muhammad Irfan (2022) Transkrip Wawancara bersama Encik Azhar Bin Sulaiman, Tokoh Seniman Warisan 2022, mengenai latar belakang , kerjaya dan penaglaman hidup sebagai seorang lakonan dan pengacaraan dan arkitek yang terkenal / Fatihah Balqis Shuhaimi @ Mohd Nasir and Muhammad Irfan Abd Wahab. Oral History Report. Perpustakaan Tengku Anis. (Submitted)

Abstract

Temubual ini dilakukan bersama Azhar Sulaiman merupakan salah seorang lakonan, pengacaraan dan arkitek Malaysia yang terkenal. Temubual ini dilakukan untuk mengetahui perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sepanjang menjadi anak seni tanah air. Temubual ini juga akan dijalankan secara atas talian setelah mendapat persutujuan dari beliau. Beliau dilahirkan pada tanggal 22 Julai 1971 di Bentong, Pahang. Pada tahun 1989, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di UJTM Manjung, Perak Darul Ridzuan dan tamat sekitar tahun 1995. Beliau menyambung pengajian di peringkat Jjazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama. Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang, perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di UITM Manjung. Selain itu, beliau juga merupakan bekas finalis Hero Remaja pada tahun 1990/1991. Di era 90an, Azhar merupakan antara pelakon lelaki terlaris memegang watak utama dalam filem-filem Melayu. Wajah tampannya menghiasi banyakfilem-filem bergenre romantik dan drama. Filem Mira Edora menaikkan namanya sebagai pelakon popular dan kemudian mula meraih tumpuan menerusi filem Interlud. Kedua-dua filem ini melayakkan Azhar tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) di usia yang sangat muda. Seterusnya memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin dan pada tahun 1995 beliau digelar Pelakon Filem Lelaki Popular (Watak Pembantu) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Azhar cukup popular dengan penyanyi/pelakon terkenal Amy Mastura apabila gandingan serasi mereka dalam Jmpian (1996), KLU (1999) dan Trauma (2004) meraih kutipan box office. Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mencipta set untuk drama dan filem. Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KR U di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU Azhar Sulaiman pernah menjadi pengacara rancangan Kunci Khazanah

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shuhaimi @ Mohd Nasir, Fatihah Balqis
2021340789
Abd Wahab, Muhammad Irfan
2021132499
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdullah, Nurulannisa
UNSPECIFIED
Interviewee
Sulaiman, Azhar
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > L Education (General)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training > In-service training
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Anak seni, pelakon, pengacaraan, arkitek, filem
Date: August 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85355
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 85355.pdf] Text
85355.pdf

Download (3MB)

ID Number

85355

Indexing

Statistic

Statistic details