Kesukaran menyediakan kekulit buku

Unit Jilid, PTAR, Kumpulan Solve (2011) Kesukaran menyediakan kekulit buku. In: Konvensyen ICC Perpustakaan Semalaysia ke-3, 9-11 Jun 2011, Hotel City Bayview, Langkawi. (Unpublished)
Abstract

Hasil kajian berdasarkan data-data bagi tahun 2008, didapati tahap kesukaran menyediakan kekulit buku amat nyata. Penyediaan kekulit buku adalah proses membuat kulit keras bagi menggantikan kulit buku yang rosak, membuat atau mengganti kulit buku atau bahan perpustakaan yang atau lain-lain permintaan. Kami mendapati cara pemotongan bahan kekulit ini agak tidak efisen Dimana seorang Pembantu Pemuliharaan perlu mengangkat gelungan bahan ini yang mempunyai berat diantara 30 - 40kg menghampar, mengukur, memotong dan meletakkan semula ke rak yang disediakan. Bagi menyelesaikan masalah tersebut,SOLVE telah berjaya mencipta alat yang dinamakan "SOLVE MACHINE CUTTER" bagi tujuan memudahkan proses kerja. Sehingga ke hari ini masih belum ada lagi mesin seumpama ini dalam industry penjilidan. Objektif projek adalah untuk memudahkan proses pemotongan bahan kekulit buku bagi menghasilkan saiz kekulit buku yang tepat, menjimatkan masa proses penyediaan bahan kekulit buku di mana gegelung berat tidak perlu diangkat berulang-ulang kali dan menjamin kesihatan staf, dimana risiko kemalangan dan kecederaan terhadap staf dapat dikurangkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 85159.pdf]
Text
85159.pdf
Download (178MB)
[thumbnail of 85159.pdf]
Text
85159.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics